Sunday, October 3, 2010

Jatuh Sakit


Seminggu lebih aku kurang sihat. Tekak sakit. Batuk kering. Sakit dada dan semput. Apalah nak jadi. Semuanya gara-gara keasyikan beraya tak ingat dunia. Bersuka ria bermain mercun, meriam dan dengan redhanya menghidu asap-asap rokok di kiri dan kanan menyebabkan batukku ta berhenti-henti. Pulang ke Muadzam Shah bersama si dia pujaan hati. Beberapa kali aku batuk tanpa henti membuatkan si dia khuatir dengan keadaan kesihatanku. Gahh! Tak perlu khuatir, kataku. Sebentar sahaja sakit ini. Semakin hari-semakin teruk. Nafasku semakin pendek. Akibat terlalu yakin yang kesihatan aku semakin pulih, terimalah akibatnya. Pagi selasa, aku bertemankan Salmi Mat Zaki, ke Klinik Ridan. Setelah diperiksa, doktor mengesahkan... Jeng Jeng Jeng. Apalah sakitnya. Hanya terkena jangkitan kuman dan kelenjar di bawah telingaku. Setelah mendapatkan perskrepsi ubat, aku terus berlalu pulang untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Sakit bukan kepalang tatkala diriku batuk ta berhenti-henti. Bak kata Salmi, ' Batuk macam orang nak mati. Takut! '. Alhamdulillah, sakit sudah kebah . Boleh bercakap ta berhenti-henti lagi lepas ni . Hehee..

:)

No comments:

Post a Comment