Saturday, September 4, 2010

Satu Hari Yang Suntuk

Bangun agak lewat sedikit dari hari-hari kebiasaan. Bersiap dan bersedia untuk memulakan aktiviti bersama keluarga. Aktiviti pertama pada jam 12 dimulakan dengan membeli belah untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba kelak. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini persiapan rayaku sangat ringkas. Ini menyebabkan ibuku musykhil kerana aku amat dikenali dengan sifat yang sangat cerewet dan berbelanja besar untuk membeli-belah. Saranan ibuku untuk mencapai beberapa helai baju ku ganti dengan sehelai baju dan tas tangan. Sebetulnya, hanya kasut dan tas tangan menjadi idaman hati. Tetapi setelah dipujuk-pujuk berulang kali, aku terpaksa akur dengan permintaan ibuku. Walau apa pun, terima kasih banyak banyak Pn. Khairul Bariah.

Hari sudah pun menunjukkan jam 6 petang. Kami sekeluarga bertolak pulang menuju ke restoran berhampiran untuk menempah meja makan. Setelah itu, kami ke bazar Ramadhan Taman Len Sen untuk membeli juadah berbuka. Serba ringkas tetapi sangat berbaloi. Kenyang? Jangkaan anda seribu kali meleset. Hanya dua suap yang dijamah. Selebihnya, angin lantaran migrain mula menyerang. Setiba dirumah, aku terbaring kepenatan dan hanya mampu menahan kesakitan dengan melelapkan mata.

Jam hampir tepat 11 malam. Aku menerima pesanan ringkas dari Cik Sinar Rembulan. Pertemuan empat mata setelah berjauhan selama 7 bulan menyebabkan jiwa ini meronta-ronta kerinduan. Terbang ke negara orang untuk menziarahi saudara sedarah sedagingnya yang dirindui. Chicago dan Kuala Lumpur, kota kota moden yang menjadi taruhan rasa rindu. Di kesempatan itu, sempat juga aku mengirim beberapa barang untuk dibawa ke Malaysia. Pertemuan di Kopitiam bermula dan diakhiri dengan aktiviti sahur di Taman Tun Dr Ismail pada jam 5 pagi. Kepenatan. Ayat yang dapat digambarkan melalui imaginasi anda.

Setiba di rumah, Bulan bersiap-siap mengeluarkan barang-barang yang telah ku pesan. Sebotol Victoria Secret dan Guitar Pick yang dihadiahkan kepadaku.



*ps : kegemaran si jejaka ;p*


Setiba dirumah, aku bergegas mandi dan bersiap-siap untuk pulang ke Muadzam. Rehat? Sudah tentu tiada. Hanya mampu bersandar dan melelapkan mata dalam keterpaksaan di dalam bas. Sangat menyeksakan namun hari yang suntuk ini, sangat menggembirakan. Satu hari suntuk, penuh dengan kegembiraan.

:))



No comments:

Post a Comment