Tuesday, July 13, 2010

Permulaan

11pagi.
Melangkahkan kaki ke kelas bukan sesuatu yang mudah. Panas terik, tanpa sebarang payung, berseorangan dan dalam keadaan keliru membuatkan diri ini melangkah dengan lemah dan longlainya. Menjejakkan kaki ke Blok AB merupakan satu kejayaan bagi diriku kerana berseorangan tanpa rakan yang lain. Mencari kelas yang aku ditempatkan membuatkan aku berasa kecewa sedikit akibat gagal. Semuanya berjalan dengan lancar apabila terserempak dengan beberapa rakan yang lain. Masuk ke kelas dengan niat yang satu walaupun minda masih berada di posisi atas pagar untuk mempelajari subjek ini. Selepas beberapa jam, subjek yang dipelajari ini mungkin mudah jika diisi dengan latihan-latihan yang membina. Setelah beberapa lama, aku mengambil keputusan untuk meneruskan cita-cita ini dan mencabar keupayaan diriku yang kerdil ini. Semoga usahaku ini memberikan semangat yang berterusan untukku mengejar cita-cita sebagai seorang pelajar yang cemerlang.

2petang.
Langkah amat gagah kerana bertemankan teman sebilik ke kelas. Perjalanan ditemani gelak ketawa dan luahan isi hati masing-masing. Tatkala tiba di kelas, ruang bilik kosong tanpa kelibat seorang pun rakan sekelas. Hati ini musykil, pelik dan hairan kerana waktu sudah hampir tiba pada jam 2 petang. Tidak mahu membazirkan masa dan masuk ke kelas tanpa perasaan ragu-ragu. Subjek agak menarik, pensyarah juga tidak kurang hebatnya berhujah dengan penuh berkeyakinan. Sifar malasku hilang apabila pensyarah bijak menggunakan peluang yang ada untuk menarik perhatian para pelajar dengan tajuk yang dibincangkan. Walaupun ketidaan suara, para pelajar tetap memberikan sepenuh perhatian dan ini membuatkan diriku berkobar-kobar untuk memberikan sepenuh perhatian di kelas dan mencatat segala nota-nota yang diberikan.

Alhamdulillah.. Minggu kedua semester ini bermula dengan agak baik.

:)

No comments:

Post a Comment