Friday, July 16, 2010

Kepoh-chi

Bila mahu sedar?
Sampai bila mahu begini?
Perlukah kau bersikap sebegini?

Gara-gara dirimu, kami berantakan
Gara-gara mulutmu, kami tak sehaluan
Gara-gara kata-katamu, kami bermasam muka
Gara-garamu juga, pihak lain terlibat

Bukan hendak menyalahkan dirimu sepenuh hatiku wahai teman
Cuma dek kerana mulutmu, situasi semakin genting
Kerna diriku juga wahai rakan
Kau sanggup memperjudikan diri untuk berhadapan dengan orang lain

Tetapi kenapa?
Kenapa?
Aku tak meminta
Aku tak memaksa
Aku tak merayu

Akibatnya, kau yang menanggung malu
Bakal disisih
Dijauhi
dan dipulau oleh rakan-rakan lain

Sedarlah wahai rakan
Aku masih memerlukan dirimu disisi supaya kau sedar satu hari nanti
bahawa
ke'mami jarum' mu itu membawa padah semata-mata
bukan kepada dirimu
tetapi memberi kesan terhadap orang lain.
Sedarlah, Kepoh-chi..
Bukalah mata dan minda..

:)

No comments:

Post a Comment