Ahad, 10.30 malam
Kaki baru melangkah keluar dari pintu bas. Hujan lebat turun membasahi bumi dan diri ini. Kakiku melangkah malas tatkala air hujan menitik-nitik mengenai diriku yang kecil ini. Hendak ku berlari, takut tergelincir. Hendak ku melangkah dengan perlahan, ahh.. Apa yang hendak dipedulikan. Hon-hon kereta tidak ku hiraukan sebaliknya mempercepatkan perjalananku supaya diriku tidak demam. Itu yang penting! Mengigil-gigil meredah hujan yang lebat dengan keadaan yang sangat-sangat lapar. Dugaan yang betul-betul menguji diriku. Tiba di rumah, aku terus mencapai tuala mandi dan bersiram. Diri ini terasa amat panas apabila disirami air ketika mandi. Hati ini terdetik, demamkah aku nanti? Ku biarkan persoalan itu, ku tolak ke tepi dan terus menuju ke katil dan bersiap untuk tidur.
Isnin
Bermula dari pagi sehingga ke petang, badan terasa panas dan sejuk. Tiada tanda-tanda selesema ataupun batuk. Keadaan diri masih seperti biasa cuma suhu badanku sering berubah-ubah. Pelbagai persoalan bermain di minda buat seketika. Sifat rajinku bertukar nil untuk kekelas dan menghadiri kuiz. Tambahan pula, teman sebilikku juga tidak kurang sihat sejak kebelakangan ini. Namun, ku gagahkan diri ini untuk bangkit dan kekelas. Kuiz berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan kelas tetapi konsentrasiku lari akibat suhu badan yang berubah-ubah. Malam menjelma, suhu badan masih lagi sama. Tetapi tidak begitu ketara akan tetapi minda mula memikirkan tentang hari esok yang bakal menjelma.
Selasa
Nahh.. Pagi-pagi lagi ku merasakan kehangatan suhu badanku. Aku mencapai telefon bimbitku dan mula menaip-naip mesej kepada rakanku. Sebetulnya, diri ini memang tidak kuat untuk bangun dan melangkah ke kelas. Panas dalam mungkin. Namun aku kuatkan diri untuk kekelas kerana khuatir ketinggalan pelajaran memandangkan kuiz dan peperiksaan semakin menghampiri. Semester ini bukan masa untuk diriku berfoya-foya seperti semester lepas. Aku lebih alpa kerana mungkin masih lagi tertanya-tanya pada diri sendiri dimana arah tujuku di lapangan perniagaan ini. Sebetulnya, kursus disini bukan tiket untuk aku meneruskan cita-cita ku yang sebenar. Agenda lain sudahku kunci di minda, kerjaya ku sebagai salah seorang wartawan penyiaran. Persetankan lapangan kerjaya ku sebentar. Menghadirkan diri ke kelas Mikroekonomi bersama rakan yang sekapal denganku. Angan-angan untuk ke kelas jam 2 petang batal akibat ketidak selesaan diri akibat suhu badan yang melampau. Sehingga kini juga, suhu badan ku tetap panas. Adakah ianya demam? Perasaan? atau Mainan Minda? Yang pasti, suhu badanku ini berubah-ubah. Panas atau sejuk?
=.='
No comments:
Post a Comment