Salah satu fakta menggatakan, coklat boleh menggemukkan dan mendatangkan obesiti? Dan ada fakta mengatakan coklat juga boleh mengurangkan kadar stress yang dialami. Yang pasti, rasa sendiri. Bak kata pepatah, belum cuba belum tahu. Aku salah seorang penggemar coklat yang sangat setia sejak 21 tahun yang lalu. Coklat dan kafein ibarat teman baikku sejak kecil. Tidak hairanlah jika diriku ini sentiasa mengalami migrain yang juga berpunca daripada pengambilan kafein yang melampau. Ahh.. Bukan kafein yang menjadi isu utama dia ruang ku ini. Di kesempatan ini, ingin ku berkongsi rasa kasih sayangku terhadap ibuku. Dek kerana nafsuku yang begitu membuak-buak terhadap keinginan memakan kek cawan coklat, ibuku pun mengirimkannya melalui rakan serumah yang kebetulan pulang ke Kuala Lumpur. Hasilnya...
Pedulikan keadaan diriku yang tidak terurus. Bukan diriku yang hendak dipertonton sebaliknya kek cawan coklat yang dikirimkan oleh ibuku. Terima kasih, Pn. Khairul Bariah bt Abdullah
:))
No comments:
Post a Comment